Petua Selepas Bersalin

Mengecutkan rahim selepas bersalin :

Petua 1
  • Rendamka beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian ditapis dan airnya diminum.
  • Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. In Shaa Allah rahim anda akan mengecut seperti sediakala
  • Elakkan memakan buah nenas
Petua 2
  • Rebus halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan
  • Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari
  • Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim
Petua 3

  • Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah
  • Minumlah selama 3 hari berturut-turut
  • Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal

Kepakaran Al-Aina Postnatal

Kepakaran Al-Aina Postnatal ialah dalam :
  • Urutan melancarkan aliran susu ibu selepas bersalin
  • Urutan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin
  • Urutan membuang angin dan toksin dalam badan
  • Urutan mengangkat peranakan
  • Urutan menaikkan seri (sesuai untuk bakal pengantin)
Hubungi Al-Aina Garden : 012-3183175

Urutan Selepas Bersalin

Rata-rata manusia mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, lemah jantung dan sakit lutut. Empat penyakit yang biasa dihidapi terutama kalangan yang berumur. Perempuan lebih cepat ditimpa penyakit keuzuran terutama sesudah banyak kali bersalin.

Penjagaan selepas bersalin secara sempurna adalah sangat penting bagi memastikan si ibu kekal sihat, anggun dan menawan. Kejadian manusia ialah daripada komponen darah dan daging serta urat yang mempunyai rangkaian dan sistem gumpalan yang unik, dimana dia diciptakan oleh Allah SWT dengan bijaksanan dan mempunyai hikmah.