Petua Selepas Bersalin

Mengecutkan rahim selepas bersalin :

Petua 1
  • Rendamka beberapa helai daun pegaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian ditapis dan airnya diminum.
  • Sebelum tidur lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali. In Shaa Allah rahim anda akan mengecut seperti sediakala
  • Elakkan memakan buah nenas
Petua 2
  • Rebus halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan
  • Minumlah air rebusan ini beberapa kali sehari
  • Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim
Petua 3

  • Selepas bersalin dinasihatkan meminum air kunyit muda yang ditumbuk bersama putih telur mentah
  • Minumlah selama 3 hari berturut-turut
  • Ia dapat mengecutkan rahim/ peranakan anda ke tempat asal

No comments:

Post a Comment